permatakecil adalah laman persendirian berasaskan pendidikan prasekolah yang dibangunkan bersama morhabshi.com

Home   |    Berkenaan Kami   |    Minyak Morhabshi   |    Khazanah Morhabshi   |    Hubungi kami

" Aku yakin bahawa pandangan aku ini benar tapi ada kemungkinan juga ia salah dan aku yakin bahawa pandangan pihak lain itu salah namun ada juga kemungkinan mereka benar ".

(dalam artikal Syed Hussein Al Attas, penulis politik)

Morhabshi

Khasiat minyak morhabshi

Khazanah Morhabshi

 

  Maklumat Prasekolah

  Matlamat & Konsep Prasekolah

  Aktiviti Kumpulan

  Jadual makanan seimbang

  Mana lebih baik, swasta atau kerajaan?

KHAS

SENARAI PRODUK BELANDA

  Forum Permata Kecil

Sila klik


 

 

Aktiviti Kumpulan dalam P&P Prasekolah

Aktiviti Kumpulan adalah salah satu daripada tiga aktiviti yang dijalankan di prasekolah iaitu:

> Aktiviti Individu

> Aktiviti Kumpulan

> Aktiviti Kelas

Aktiviti Kumpulan disediakan sebagai asas kepada sistem pembelajaran bistari yang dimulakan sejak 1999. Antara komponen penting dalam program bestari ialah pembelajaran berpusatkan murid dan pembelajaran kendiri (self learning).

Berbeza sedikit dengan pembelajaran kendiri biasa, aktiviti kumpulan memberi penekanan pada proses perlaksanaan tugasan dan bukannya hasil kerja murid. Hal ini bermaksud apabila sesuatu tugasan diberikan, keutamaan yang harus diperhatikan oleh guru ialah bagaimana proses itu berlaku dan bukannya kualiti yang dihasilkan.

Timbul persoalan tentang tatacara perlaksanaan aktiviti kumpulan sama ada melibatkan:

> tiga aktiviti yang serupa dan dilakukan oleh tiga kimpulan berbeza, atau

> tiga aktiviti yang berbeza dan dilakukan oleh tiga kumpulan berbeza

Dalam hal ini Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) mencadangkan agar tiga aktiviti yang berbeza dilakukan serentak (dalam satu masa) oleh tiga kumpulan yang berbeza. Malak PPK mengesyorkan ketiga-tiga stesyen aktiviti hendaklah daripada tiga komponen yang berbeza.

Rasional cadangan di atas adalah bagi mendidik dan menyuburkan semangat kerjasama kalangan kanak-kanak. Mungkin pada peringkat awal perlaksanaannya (awal tahun) berlaku suasana yang agak kucar-kacir. Namun dengan amalan setiap hari yang dilalui oleh kanak-kanak yang terlibat akan menjadikan mereka terlatih dan mampu berdikari. Antara tingkah laku yang boleh diperhatikan melalui aktiviti ini ialah bakat kepimpinan, sikap kerja sama, kesedian untuk berkongsi dan pelbagai aspek kecerdasan emosi.

Sementara itu terdapat guru yang meminta bantuan pembantu prasekolah bagi mengendalikan kumpulan tertentu. Kami berpendapat tindakan ini bukanlah satu cara yang terbaik malah akan mencacatkan matlamat aktiviti kumpulan itu sendiri. Hal ini kerana kita hendak melatih kanak-kanak berdikari dan menguruskan kumpulan mereka sendiri. Campur tangan berlebihan daripada orang dewasa akan merencatkan proses ini.

Kekangan utama dalam merancang aktiviti kumpulan ialah dari segi penyediaan bahan dan bentuk aktiviti. Oleh itu kami mencadangkan para guru prasekolah mencari satu mekanisma berkesan bagi memudahkan perkongsian idea dan bahan. Justeru kami mencadangkan satu portal disediakan melalui media internet sebagai 'bank bahan' agar mudah diakses oleh semua guru di seluruh negara.

Wassalam.

 

Noor Azman Aminudin & Marhani Mohamad adalah guru di prasekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia) sepenuh masa dan kini bertugas di negeri Melaka. Bermula sebagai guru mata pelajaran bagi kelas biasa, pasangan suami isteri ini kemudiannya menyambung pengajian Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah di Universiti Sains Malaysia secara sepenuh masa. Selain itu, mereka juga terlibat dalam mengendalikan kursus-kursus kenegaraan, jati diri dan motivasi pelajar, terutamanya di sekitar Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Mempunyai dua orang cahaya mata lelaki berusia 6 dan 9 tahun.

Ini adalah laman percubaan. Kami sedang menaik taraf morhabshi.com bagi meningkatkan perkhidmatan kepada para pelanggan dan pengunjung morhabshi.com. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan produk morhabshi, sila sms nama & alamat ke 019 452 2211 atau 019 440 2211. Untuk maklumat lanjut berkenaan morhabshi sila kunjungi wikipedia/morhabshi Terima kasih dan sila datang lagi.

Home   |    Berkenaan Kami   |    Minyak Morhabshi   |    Khazanah Morhabshi    |    Hubungi kami

 

Copyright ©2003 morhabshi.com. All rights reserved.