permatakecil adalah laman persendirian berasaskan pendidikan prasekolah yang dibangunkan bersama morhabshi.com

Home   |    Berkenaan Kami   |    Minyak Morhabshi   |    Khazanah Morhabshi   |    Hubungi kami

Nabi Muhammad (S.A.W) berpesan:

"Didiklah mereka dan jangan mengkasari mereka. Sesungguhnya pendidik itu lebih baik daripada seorang pengeras."

riwayat al-Haris, at-Thayalisi dan al-Baihaqi

Morhabshi

Khasiat minyak morhabshi

Khazanah Morhabshi

 

  Maklumat Prasekolah

  Matlamat & Konsep Prasekolah

  Aktiviti Kumpulan (terbaru)

  Jadual makanan seimbang

  Mana lebih baik, swasta atau kerajaan?

 

KHAS

SENARAI PRODUK BELAND

  Forum Permata Kecil

Sila klik


 

 

Salam sejahtera,

Sebagaimana yang dijanjikan, atas permintaan pengunjung, berikut adalah jadual pemakanan seimbang untuk kanak-kanak sebagaimana yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan Melaka:

1-3 tahun
Waktu
4-6 tahun
1 gelas susu tepung + 1 keping roti putih (disapu keju)
Sarapan
1 gelas susu + 1 mangkuk bubur lemak + sayur campur
1 gelas susu tepung + 5 ketul jemput-jemput pisang
Kudapan
1 gelas susu tepung + 5 ketul jemput-jemput ikan bilis
1/2 cawan nasi + 1/2 ekor ikan goreng kicap + 2 sudu sayur + 1 potong buah + air masak
Makan Tengahari
1 cawan nasi + 1 ekor ikan goreng kicap + 2 sudu sayur + 1 potong buah + air masak
1 cawan susu tepung + 1 keping lempeng susu + 1 potong buah
Minum Petang
1 cawan susu tepung + 1 keping lempeng susu + 1 potong buah
1 mangkuk sup bebola ikan + air masak
Makan Malam
1 cawan milo (+ susu tepung) + 1 pinggan nasi goreng cina
1 gelas susu tepung
Minum Malam
1 gelas susu tepung

Pembantu prasekolah bolehlah berbincang dengan guru dan mengubahsuai cadangan menu di atas bagi mengelakkan kanak-akan menjadi bosan:

* ubah cara penyediaan/cara masakan dengan mengekalkan bahan asas

* gunakan bahan yang berbeza-beza tetapi mempunyai khasiat yang hampir sama

** bihun dan kueteow boleh menggantikan nasi

*** mi kuning sangat TIDAK digalakkan

 

Selamat menunaikan tanggung jawab anda sebagai pengundi dalam PRU ke-12. Undian anda memberi impak terhadap kesinambungan pendidikan anak didik kita dan keutuhan negara. Buat keputusan berdasarkan fakta, bukan pendapat orang lain. Jangan biarkan sesiapapun mempengaruhi anda kerana anda berhak membuat keputusan sendiri.

 

Wallahu 'alam.

Jumpa lagi.

Noor Azman Aminudin & Marhani Mohamad adalah guru di prasekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia) sepenuh masa dan kini bertugas di negeri Melaka. Bermula sebagai guru mata pelajaran bagi kelas biasa, pasangan suami isteri ini kemudiannya menyambung pengajian Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah di Universiti Sains Malaysia. Selain itu, mereka juga terlibat dalam mengendalikan kursus-kursus kenegaraan, jati diri dan motivasi pelajar, terutamanya di sekitar Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Mempunyai dua orang cahaya mata lelaki berusia 6 dan 9 tahun.

Kami sedang menaik taraf morhabshi.com bagi meningkatkan perkhidmatan kepada para pelanggan dan pengunjung morhabshi.com. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan produk morhabshi, sila sms nama & alamat ke 019 440 2211. Untuk maklumat lanjut berkenaan morhabshi sila kunjungi wikipedia/morhabshi Terima kasih dan sila datang lagi.

Home   |    Berkenaan Kami   |    Minyak Morhabshi   |    Khazanah Morhabshi    |    Hubungi kami

 

Copyright ©2003 morhabshi.com. All rights reserved.