permatakecil adalah laman persendirian berasaskan pendidikan prasekolah yang dibangunkan bersama morhabshi.com

Home   |    Berkenaan Kami   |    Minyak Morhabshi   |    Khazanah Morhabshi   |    Hubungi kami

"Sesuatu sikap yang baik akan dikekalkan atau bertambah jika terdapat rangsangan positif yang berulang seperti hadiah, pujian, atau kata perangsang."

B.F Skinner, pakar psikologi

Morhabshi

Khasiat minyak morhabshi

Khazanah Morhabshi

 Asal usul morhabshi

  Maklumat Prasekolah

  Matlamat & Konsep Prasekolah

  Aktiviti Kumpulan (terbaru)

  Jadual makanan seimbang

  Mana lebih baik, swasta atau kerajaan?

KHAS

SENARAI PRODUK BELANDA

  Forum Permata Kecil

Sila klik


 

 

.MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.


OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.


VISI

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"


MISI

Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.

Semua maklumat di atas diambil daripada portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Noor Azman Aminudin & Marhani Mohamad adalah guru di prasekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia) sepenuh masa dan kini bertugas di negeri Melaka. Bermula sebagai guru mata pelajaran bagi kelas biasa, pasangan suami isteri ini kemudiannya menyambung pengajian Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah di Universiti Sains Malaysia secara sepenuh masa. Selain itu, mereka juga terlibat dalam mengendalikan kursus-kursus kenegaraan, jati diri dan motivasi pelajar, terutamanya di sekitar Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Mempunyai dua orang cahaya mata lelaki berusia 6 dan 9 tahun.

Ini adalah laman percubaan. Kami sedang menaik taraf morhabshi.com bagi meningkatkan perkhidmatan kepada para pelanggan dan pengunjung morhabshi.com. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan produk morhabshi, sila sms nama & alamat ke 019 452 2211 atau 019 440 2211. Untuk maklumat lanjut berkenaan morhabshi sila kunjungi wikipedia/morhabshi Terima kasih dan sila datang lagi.

Home   |    Berkenaan Kami   |    Minyak Morhabshi   |    Khazanah Morhabshi    |    Hubungi kami

 

Copyright ©2003 morhabshi.com. All rights reserved.