permatakecil adalah laman persendirian berasaskan pendidikan prasekolah yang dibangunkan bersama morhabshi.com

Home   |    Berkenaan Kami   |    Minyak Morhabshi   |    Khazanah Morhabshi   |    Hubungi kami

 

"Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Kedua-duanya menjawab, ' kami datang dengan tunduk'."

maksud Al-Qur'an, Surah Fussilat, ayat 11

Morhabshi

Khasiat minyak morhabshi

Khazanah Morhabshi

 Asal usul morhabshi

  Berita prasekolah

  Matlamat & Konsep Prasekolah

  Aktiviti Kumpulan (terbaru)

  Jadual makanan seimbang

  Mana lebih baik, swasta atau kerajaan?

KHAS

SENARAI PRODUK BELANDA

  Forum Permata Kecil

Sila klik


 

 

.Terjemahan ayat Al-Quran di atas kami petik dari buku 'Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains', yang ditulis oleh Dr Danial Zainal Abidin. Turut dimuatkan dalam buku tersebut ialah kata pengantar oleh Dato' Seri Dr Haji Harussani Mufti Perak dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin Mufti Perlis. Dr Danial inilah juga yang telah menulis buku 'Bukti Kerasulan Muhammad dari Sudut Sains' yang amat popular sedikit masa dahulu.

Turut dimuatkan dalam buku ini adalah pandangan para saintis dan pakar-pakar dalam bidang masing-masing apabila sesuatu ayat itu ingin dibuktikan melalui kajian sains.

Apabila membaca ayat tersebut dan penerangan mengenainya sedarlah kami bahawa bumi yang diperintahkan datang mengadap Allah itu adalah dunia yang sedang kita diami sekarang. Bumi dan langit yang diperintahkan 'datang' kepada Allah itu adalah bumi dan langit kita ini. Hal ini mengingatkan kami pada perbincangan tentang 'apa itu bahagia?' dalam buku 'Tasawuf Moden' karangan Profesor Dr Hamka. Buku tersebut mengupas tentang erti kebahagiaan sebenar dari sudut Islam. Turut dimasukkan dalam buku tersebut ialah pandangan ahli-ahli falsafah klasik seperti Aristoteles, ahli falsafah moden seperti Tolstoy dan ahli falsafah Islam iaitu Al-Ghazali. Rupa-rupanya kesemua mereka sependapat bahawa terdapat satu lagi kehidupan selepas kehidupan di dunia ini tamat. Namun, bilakah dunia ini akan tamat? Adakah apabila seluruh bintang-bintang dan cakrawala yang sedang berarak untuk mengadap Allah ini tiba ke destinasinya, maka qiamat pun berlaku?

Sebenarnya, bila dan bagaimana qiamat akan berlaku bukanlah persoalan yang ingin kami bawakan di sini. Sebagai guru prasekolah, kita mempunyai tanggung jawab besar bagi menyediakan suasana dan iklim yang sesuai agar anak-anak didik kita berada pada landasan yang betul dalam menuju keabadian sebenar iaitu bertemu dengan Allah yang menjadikan semua ini. Memang selepas ini anak-anak ini akan memasuki darjah satu dan seterusnya menaiki satu demi satu anak tangga persekolahan hingga menjadi insan dewasa yang matang dan mampu memilih yang haq dan menolak yang bathil.

Memanglah anak-anak ini cuma setahun diprasekolah, 6 tahun di sekolah rendah, 5-7 tahun di sekolah menengah, 2-10 tahun untuk menjadi sarjana.. Namun prasekolah adalah persada yang cukup penting dalam penentuan masa depan seseorang insan. Al Ghazali mengatakan bahawa mendidik anak-anak pada usia begini seolah-olah menulis/memahat di atas batu. Ertinya jika rabit atau kopak pahatan kita itu maka cacatlah permukaan batu itu untuk selamanya. Alangkah pentingnya pendidikan prasekolah.

Bukanlah tujuan kami membawa isu ini untuk mengajak para guru prasekolah dan ibu bapa meninggalkan corak pendidikan yang ada sekarang lalu menggarap satu bentuk ajaran baru yang menjurus pada tatacara solat, puasa, doa, dan bacaan Al-Qur'an semata-mata (meskipun itu adalah asas wajib). Malah kami yakin bahawa sistem pendidikan yang ada sekarang dengan berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sudah mencukupi jika kita hayati dan kita laksanakan dengan betul. Hendaklah kita selalu ingat bahawa keutamaan kita dalam pendidikan ialah keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak. Sudah tentulah kata-kata ini kami tujukan pertama-tamanya kepada kami sendiri yang sedang menguruskan 50 orang kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun. Ketenteraman kita di akhirat kelak turut bergantung pada jaya atau gagal tugas kita di dunia.

Wallahu 'alam.

Jumpa lagi.

Noor Azman Aminudin & Marhani Mohamad adalah guru di prasekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia) sepenuh masa dan kini bertugas di negeri Melaka. Bermula sebagai guru mata pelajaran bagi kelas biasa, pasangan suami isteri ini kemudiannya menyambung pengajian Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah di Universiti Sains Malaysia. Selain itu, mereka juga terlibat dalam mengendalikan kursus-kursus kenegaraan, jati diri dan motivasi pelajar, terutamanya di sekitar Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Mempunyai dua orang cahaya mata lelaki berusia 6 dan 9 tahun.

Ini adalah laman percubaan. Kami sedang menaik taraf morhabshi.com bagi meningkatkan perkhidmatan kepada para pelanggan dan pengunjung morhabshi.com. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan produk morhabshi, sila sms nama & alamat ke 019 440 2211. Untuk maklumat lanjut berkenaan morhabshi sila kunjungi wikipedia/morhabshi Terima kasih dan sila datang lagi.

Home   |    Berkenaan Kami   |    Minyak Morhabshi   |    Khazanah Morhabshi    |    Hubungi kami

 

Copyright ©2003 morhabshi.com. All rights reserved.